Khabar cinta by Vochelle

Wah , cerita tu best giler . . nk tengok . . tengok kat youtube . eisode 1 sampai 20 . setiap hari selasa dan khamis akan tayang episode baru pada jam 4.00p.m .

Sinopsis .
Shera Samad adalah seorang pelajar di INTI International University dan hidupnya serba sempurna – dia merupakan top student, editor di akhbar kolej dan presiden hampir semua kelab di kampus. Ibu bapanya adalah wartawan terkemuka yang jatuh cinta di medan perang dan menjadi inspirasinya.

Walaubagaimanapun, apabila bilangan pembaca akhbar tercintanya merosot dan ianya akan ditukarkan kepada versi online yang dikendalikan oleh celebrity blogger Karenina, hidup Shera mula berkacau bilau. Keazaman teguh Shera untuk menyelamatkan akhbarnya bertukar menjadi sebuah saga mengenai rahsia, hubungan yang putus dan yang diikat, persahabatan yang tidak diduga, dan ada kalanya, berita yang kurang menyenangkan.

Ikuti kisah Shera dan 6 pelajar lain yang jauh berbeza apabila mereka meredah perjalanan ini bersama di era social network, sehingga akhirnya, mereka menemui dan mengenali sesuatu yang paling manis dan luar biasa dalam hidup setiap insan - cinta.


Actor
Shakirah Rahman sebagai Shera .
Nigel Loo sebagai Aiden . 
Mah Kit Wai sebagai Henry . 
Careen Tan sebagai Jolene . 












Episod :

Sinopsis : 

"Hari konvokesyen Shera Samad bermula seperti biasa bersama BFF-nya, Jolene ... hingga sebuah hadiah yang aneh mengubah segala-galanya untuk dia dan rakan-rakannya. Dan anda pasti tertanya – siapa Shera ni?"


 
Sinopsis :

"6 bulan lepas, si overachiever (Shera) rasa terancam apabila mendapat tahu akhbar kolej tercintanya akan dijadikan versi online dan dikendalikan oleh celebrity bloger Karenina. Adakah dia akan lepas tangan atau berjuang untuknya?"


Sinopsis : 

"Untuk memastikan pelannya untuk mendapatkan akhbar kolejnya balik berjaya, Shera sanggup menjanjikan apa sahaja. Tetapi janji gilanya diragui oleh semua ahli team-nya yang baru ditubuhkan, termasuklah BFF-nya, Jolene"
 

Sinopsis :

"Shera dan team barunya perlu menarik minat pelajar-pelajar lain di kolej untuk menghantar masalah cinta mereka. Apakah idea yang akan menjayakan objektif mereka? Dan ketahui kenapa ahli-ahli team itu, seperti Henry dan Natasha, setuju untuk menolong."



Sinopsis :

"Selepas menjalankan idea publisiti mereka untuk menawan hati pelajar-pelajar kolej untuk menghantar masalah cinta mereka, Shera dan team-nya gementar apabila respon kurang menggalakkan."


Sinopsis :
"Akhirnya, mereka mendapat cabaran pertama mereka – untuk mendapatkan “date” untuk seorang pelajar lelaki dalam masa 24 jam! Henry dan Aiden menjadi kompetitif apabila Shera memberi tanggungjawab untuk menolong pelajar itu kepada salah seorang daripada mereka"


Sinopsis:

"Apakah langkah pertama seorang lelaki untuk meluahkan perasaan yang dipegang selama 9 tahun kepada rakan perempuannya? Ketahui kenapa lelaki ini mengingatkan Jolene tentang ayahnya dan apakah nasihat yang akan diberikan oleh Shera dan the team."


Sinopsis : 

"Berjayakah Shera dan teamnya untuk mendapatkan “date” untuk pelajar lelaki itu dalam 24 jam? Natasha pula cuba sedaya upaya untuk menjadi kawan Rena, yang sentiasa menolak jemputannya untuk lepak bersama, sementara yang lain-lain meragui persahabatan mereka."


Sinopsis : 

"Shera berasa serba salah apabila mendapat email dari adik Henry tentang dilemma yang adiknya sedang alami. Patutkah dia memberitahu Henry atau hormati email itu sebagai wartawan professional?"


Sinopsis : 

"Natasha cuba meminta bantuan Shera untuk mendekati seorang pelajar lelaki lain. Sementara itu, masalah Heidi, adik Henry, bertambah buruk dan mungkin diluar kawalan Shera."

Sinopsis : 

"Shera akhirnya memberitahu Henry tentang masalah Heidi. Apakah reaksi Henry? Dan bolehkan mereka membetulkan keadaan? Aiden pula mula menunjuk minat kepada salah satu ahli team-nya."


Sinopsis :

"Semasa Shera dan Henry mencari Heidi untuk berdepan dengan masalahnya, Shera meluahkan kisah keluarganya sendiri. Seorang pelajar yang dinasihati oleh Natasha telah mengambil nasihatnya terlalu jauh dan memalukan seorang pelajar lain."


Sinopsis : 
"Shera mendapat khabar yang ahli salah satu kelab lain dari banyak-banyak kelabnya mahu menumbangkannya sebagai presiden. Jolene pula mendapat soalan dari seorang pelajar untuk cara merancang “date” yang sempurna tetapi dia menghadapi kesulitan untuk menjawabnya."


Sinopsis : 

"Rena sedang merancang sesuatu dan Shera berdepan dengan musuhnya yang mahu mengambil jawatan presidennya untuk Kelab Catur. Henry pula kurang selesa untuk menjawab soalan seorang pelajar tentang cara nak tackle Natasha."


Sinopsis : 
Untuk menentukan sama ada jawatan presidennya kekal, Shera bersaing dengan musuhnya dalam perlawanan catur. Rena pula menerangkan sikap anti-lelakinya dan seorang pelajar cuba memikat Natasha ... 


Sinopsis :
Perlawanan antara Shera dan musuhnya berakhir – siapakah presiden kelab catur sekarang? Sementara itu, Jolene keluar untuk “date” pertamanya dan pejalar yang sama tidak putus atas untuk tackle si Natasha ..






 
Sinopsis :
Selepas perlawanan catur antara Shera dan musuhnya, Shera bertungkus lumus untuk melaksanakan segala tugasnya untuk kelab-kelabnya yang lain. Pada masa yang sama, Rena masih tidak putus asa untuk menjayakan rancangannya terhadap seorang ahli lain team mereka ..


Sinopsis : 
Selepas “date” palsunya, Jolene bersedia untuk keluar di “date” yang sebenar dan Natasha juga bersedia untuk jatuh cinta semula. Dalam kesibukan Shera yang melampau, semua ahli-ahli team risau tentang kesihatannya ...


Sinopsis : 
Adakah rancangan Rena akan melukakan hati salah seorang ahli teamnya? Dan adakah Natasha jatuh hati terlalu pantas? ..


Sinopsis :
Shera bersemuka kembali dengan musuhnya untuk re-match tanpa mengetahui ada sesuatu yang dirancang oleh 2 ahli teamnya. Pelajar-pelajar di kolej pula mula menegur Jolene tentang hubungan barunya ... 



Khabar Cinta adalah mini siri drama web 24 episod yang dibawakan khas oleh Vochelle, dan dibintangi up-and-comers Shakirah Rahman, Natasha dan Fiqa dari Malaysian Dreamgirl, Nigel Loo, Kit Wai dan ramai lagi! 2 episod baru akan ditayangkan setiap minggu pada hari Selasa dan Khamis, pukul 4 petang.






 



Vochelle, the chocolate with more cocoa, fruits and nuts in every bite, is for those who love an extraordinary chocolate experience. Whether for personal consumption, sharing, festive occasions, or simply to satisfy exquisite tastes, Vochelle has a diverse range to fulfil all your needs. So enjoy those melting moments of delight in Vochelle's block, tin, doy pack or Crown Selection today!
Vochelle, coklat yang mengandungi lebih koko, buah-buahan dan kacang, merupakan delikasi yang dibuat khas untuk sesiapa yang hendak menikmati coklat yang tiada bandingannya. Sama ada untuk dinikmati sendiri, dikongsi bersama kawan dan ahli keluarga, semasa musim perayaan atau semata-mata untuk memuaskan cita rasa, Vochelle mempunyai beraneka koleksi yang dapat memenuhi keinginan anda. Nikmatilah kelazatan coklat yang tidak terhingga ini dalam bentuk blok, tin, doy pek atau Crown Selection hari ini!



Ketahui Lebih Banyak Lagi Di http://vochelle.net





No comments:

Post a Comment